Tuesday, August 28, 2012

KEM HAFAZAN BESTARI 1 TAHUN 2009




Pihak Masjid As Syarif Pekan Meru telah menganjurkan Kem Hafazan Bestari siri 1 pada tahun 2009. Dengan strategi yang rapi dirancangkan, pihak penganjur telah mengambil peserta seramai 150 pelajar lelaki dari pelbagai tempat seluruh Malaysia. Tenaga guru tahfiz seramai 10 orang dan pengurusan lebih 20 orang telah telah dapat menantapkan program ini. Jadual kem ini sangat ketat dan padat dengan pelbagai program, selain program hafazan Al Quran, aktiviti pemantapan iman, sukan dan aktiviti riada dan siri motivasi diadakan. Fardu kifayah termasuk penyembelihan binatang, kursus jenazah, Bomba, gotong royong dan banyak lagi. Terima kasih kepada semua kakitangan yang bekerjasama menjayakan.

Monday, August 27, 2012

KEM HAFAZAN BESTARI 3

Kem Hafazan Bestari 3
Sempena cuti sekolah tahun 2012


Masjid As Syarif Pekan Meru akan menganjurkan Kem Hafazan Bestari 3 sempena cuti sekolah tahun 2012. Selain program hafazan dari guru-guru Tahfiz, banyak program sampingan yang terbaik seperti dari ATM, Polis, Wataniah serta kursus jenazah. penyembelihan dari JAIS, pertandingan sukan, pidato dan perbahasan.
Penyertaan dari pelajar lelaki 10 tahun - 17 tahun adalah sangat digalakkan dengan penyertaan RM 350 sahaja. Asrama disediakan dan semua program adalah di Masjid As Syarif. Program kerjaya Polis, ATM dan agensi kerajaan yang lain akan dijalankan pada setiap sabtu dan ahad. Borang boleh upload dan hubungi encik Baharom 017 3255 382 untuk keterangan lanjut.
Sila Klik Image Dibawah untuk Lebih Jelas dan juga Download Borang